Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

..If you miss the train I'm on.. You will know that I am gone..

Terngiang- ngiang melodi lagu ni di benak  kepala. Terasa sebak di dada.  Imbasan demi imbasan tergambar di hadapan mata. Kupujuk hati supaya redha. Peranan dia telah tamat di sini, Aaee. Perjalanan kan diteruskan di sana. Hingga akhirnya mudah- mudahan kita dikumpulkan dalam kebahagiaan.  Mati itu pasti. Hidup? .. InshaALLAH.. Dengan izin ALLAH. Bila tamat tempoh, tiada kan ketemu jualan tarikh untuk lanjutan. Tidak kupohon dipanjangkan umur, melainkan redha ALLAH dan kasih sayangNYA ke atasku dan kedua- dua orang tuaku. Diampunkan segala dosa- dosa kami dan dibebaskan kami dari segala hutang di atas makhluk- makhluk yang lain. Dunia itu penjara. Begitu mempersona namun tanpa iman di dada, hatikan sering dihambat duka. Islam adalah kurniaanMU yang sempurna, TUHANku. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ Innalillahi wa inna ilaihi roji'un Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali Semoga perginya Nek Su semalam di pagi Jumaat, si p

Mati Itu Pasti

M.A.T.I. Kebelakangan ini seringkali bermimpi mengenai mati. Pagi tadi diulit lagi mimpi mati. Nafas tersekat- sekat dan pabila tersedar, jantung berdegup dengan begitu kencang. Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya. Sumber:  Di Sini Sumber: Di sini Sungguh. Aku ingin segera mati. Keinginan kepada kesenangan dunia sering kumatikan dengan mati .  Namun beban hutang yang kutanggung menjerat setiap jejak langkahku. Berusahalah Aaee!! Ya Rabb. Bantulah hambuMU yang tiada daya ini. Bebaskan daku dari belenggu hutang. Hanya kepadaMU aku bersandar. Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari ke

Internet Download Manager 6.11 Beta

Tidak perlu penjelasan lanjut. Muat turun di sini .

Bawaku Pergi - Zizan & Kaka : Diharamkan?

Bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali tengah malam nanti tolong jangan lupa jangan mungkir janji aku dah teruja sudah cukup lama aku tunggu saat ini sejak kali terakhir kau hantar pulang hidup sungguh sepi tolong jangan bilang mama tolong jangan bilang papa malah jangan bilang teman karibmu jangan bilang sesiapa oh, buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh kali ini kita pergi lebih lama pergi lebih jauh, ayuh bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali mata dalam kaca, topi berceloreng sarung tangan hitam, atas muka ada topeng hanya perlu siul, tidak tekan loceng hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng bawa bekal air muka cuci aib bopeng lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng lari dari kenyataan, mula kisah dongeng tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga tinggal keme

Tawaran Buatmu Chekgu Chekgi; Nak Pindah Tak? [April 2012]

Permohonan pindah antara negeri, bahagian dan daerah. 1 April 2012 hingga 30 April 2012. Klik di sini . Pastikan anda menggunakan browser Internet Explorer .