Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Akhirnya Berdepan Dengan Rindu Itu

Jumaat yang lepas, dikhabarkan tentang perginya seorang sahabat ke pangkuan Ilahi. Kali terakhir ketemu arwah ialah pada hari raya tahun yang lepas. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati ALLAH. Petang Jumaat. Berangkat ke Maludam. Sudah agak lama rasanya tidak menjejak kaki ke sana. Ada bibit² kebimbangan yang bersarang.. Sekadar menjengah sekejap keluarga arwah; mudah²an kesedihan mereka berkurangan. Keluarga arwah dengan keluarga aku, masih terlalu dekat silangnya. Nek Mok (bapak arwah) kelihatan sudah bertambah sihat berbanding kali terakhir aku melawatnya. Kalau dulu hanya boleh berbaring tapi sekarang, alhamdulillah, dah boleh menggagahkan diri untuk duduk sama bersembang walaupun hanya sebentar.. terubat rinduku pada arwah Pak Nek.. Namun masih tidak mampu untuk kutenung wajah Nek Mok lama², air mata rindu mula bergenang. Menginjak ke rumah. Mata asyik memandang ke sebuah bilik di rumah sebelah. Bilik arwah Nek Su.. Arwah Pak Nek dan arwah