Apa ke benda la menda alah CAT tu yer~? Satu daripada inisiatif enam di bawahBidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Mengurangkan Jenayah melaluiProgram Transformasi Kerajaan (GTP). Dicetuskan melalui Makmal Jenayah yangtelah diadakan pada Oktober 2009 lalu dengan melibatkan 30 agensi-agensikerajaan dan swasta. Inisiatif CAT dilaksanakan olehBahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS); telahbermula pada tahun 2010; berjaya menepati sebanyak 767 aktiviti yang disasarkanberteraskan kesukarelaan. Seramai 2226 ahli (2010) telah didaftarkan di empat buahnegeri yang ditanda sebagai kawasan panas iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johordan Pulau Pinang. Matlamat asal; memantapkanahli-ahlinya dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagimelaksanakan tugas, sesuai sebagai sukarelawan muda di samping membangunkansikap tolong menolong diantara rakan sebaya dalam menyumbang bakti melalui aktivitikesukarelaan dan kemasyarakatan. Pada tahun 2011, sebanyak...
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.