KL Gangster. Muvi lama kan? Tak le lama sangat tapi lama dah kan? Abis tu kalau dah lama kenapa aku nak citer balik sal menda ni? ..sebab aku saja² je nak citer. .. senanye sebab adik aku, iNanoi, yang asyik ulang dialog² lam muvi ni wat aku teringin nak tengok balik muvi ni. Filem bukan main² punye filem. Filem juta² wo~. Bahkan lepas RM10 juta!! Hari pertama tayangan pun dah cecah RM 1.5 juta! Kasi sengat!! Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang. Hey ! kalo aku sembelih kau 18 baru kau tau tentang penyesalan tau tak! Lu tak payah cita sama gua la , itu macam punya bangkai boleh duduk diam sama duit . gua tahu macam mana mau handle . Gua mau dia mati kaw² punya baru gua puas. Lu kasi wa mati dulu baru wa diam la. Dalam banyak² muvi made in Malaysia, muvi ni yang aku boleh layan sampai 2 3 kali.. 4 kali 5 kali.. berkali². ^^, Dialog memang ganas. Ayat power . Aku cuma tak puas ati apsal Zizan leh dimatikan. Hu. Tapi hidup memang camtu kan? Tak tahu bila....
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.