Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mati

Akhirnya Berdepan Dengan Rindu Itu

Jumaat yang lepas, dikhabarkan tentang perginya seorang sahabat ke pangkuan Ilahi. Kali terakhir ketemu arwah ialah pada hari raya tahun yang lepas. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati ALLAH. Petang Jumaat. Berangkat ke Maludam. Sudah agak lama rasanya tidak menjejak kaki ke sana. Ada bibit² kebimbangan yang bersarang.. Sekadar menjengah sekejap keluarga arwah; mudah²an kesedihan mereka berkurangan. Keluarga arwah dengan keluarga aku, masih terlalu dekat silangnya. Nek Mok (bapak arwah) kelihatan sudah bertambah sihat berbanding kali terakhir aku melawatnya. Kalau dulu hanya boleh berbaring tapi sekarang, alhamdulillah, dah boleh menggagahkan diri untuk duduk sama bersembang walaupun hanya sebentar.. terubat rinduku pada arwah Pak Nek.. Namun masih tidak mampu untuk kutenung wajah Nek Mok lama², air mata rindu mula bergenang. Menginjak ke rumah. Mata asyik memandang ke sebuah bilik di rumah sebelah. Bilik arwah Nek Su.. Arwah Pak Nek dan arwah...

..If you miss the train I'm on.. You will know that I am gone..

Terngiang- ngiang melodi lagu ni di benak  kepala. Terasa sebak di dada.  Imbasan demi imbasan tergambar di hadapan mata. Kupujuk hati supaya redha. Peranan dia telah tamat di sini, Aaee. Perjalanan kan diteruskan di sana. Hingga akhirnya mudah- mudahan kita dikumpulkan dalam kebahagiaan.  Mati itu pasti. Hidup? .. InshaALLAH.. Dengan izin ALLAH. Bila tamat tempoh, tiada kan ketemu jualan tarikh untuk lanjutan. Tidak kupohon dipanjangkan umur, melainkan redha ALLAH dan kasih sayangNYA ke atasku dan kedua- dua orang tuaku. Diampunkan segala dosa- dosa kami dan dibebaskan kami dari segala hutang di atas makhluk- makhluk yang lain. Dunia itu penjara. Begitu mempersona namun tanpa iman di dada, hatikan sering dihambat duka. Islam adalah kurniaanMU yang sempurna, TUHANku. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Innalillahi wa inna ilaihi roji'un Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali Semoga perginya Nek Su semalam di pagi Ju...

Mati Itu Pasti

M.A.T.I. Kebelakangan ini seringkali bermimpi mengenai mati. Pagi tadi diulit lagi mimpi mati. Nafas tersekat- sekat dan pabila tersedar, jantung berdegup dengan begitu kencang. Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya. Sumber:  Di Sini Sumber: Di sini Sungguh. Aku ingin segera mati. Keinginan kepada kesenangan dunia sering kumatikan dengan mati .  Namun beban hutang yang kutanggung menjerat setiap jejak langkahku. Berusahalah Aaee!! Ya Rabb. Bantulah hambuMU yang tiada daya ini. Bebaskan daku dari belenggu hutang. Hanya kepadaMU aku bersandar. Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kema...