Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Peristiwa

Chun Chun, Si Bayi Paling Berat

BAYI gergasi seberat 7.04 kilogram dimandikan oleh seorang jururawat di Hospital Bersalin Xinxiang di bandar Xinxiang, China pada Sabtu (4hb Feb) lalu. Si comel Chun Chun dilahirkan dengan beratnya mencecah 7.04 kg!! Dipercayai yang paling berat pernah direkodkan di China sejak negara ini dibentuk pada tahun 1949. Diketahui, kelahiran terberat direkod oleh Guinness World Records milik bayi laki-laki yang lahir tahun 1879 di Ohio dengan berat 10.8 kg, namun sayangnya bayi tersebut meninggal 11 jam setelah dilahirkan. Sumber: Kosmo ; manadotoday

Bangun² Dah Pandai Kecek Korea~ ^^,

Kalau korang la kan.. bangun² je dari tidur terus boleh bercakap dalam bahasa Korea. Pergh~!! MasyaALLAH.  Acu baca kat sini .  Kuasa ALLAH. Hebat kan kemampuan otak manusia? 

Aku dan Perjalanan

26hb Disember, minggu lepas, tahun lepas. Gi hantar adik balik ke Politeknik Kuching. Memang dijangka perjalanan akan memakan masa yang lama. Teman seperjalan aku antaranya ialah mereka yang pergi- balik untuk Hari Krismas dan persediaan untuk tahun baru, anak² kembali ke sekolah, anak² kembali ke Poliku. Aku tak habis² merungut dengan pengurusan adik aku untuk pembukaan semester baru kali ini. Register nak kena manual. Register subjek nak kena jumpa lecturer . Bayaran nak kena gi ke CIMB pastu nak kena gi lagi kat Bank Islam. Aku rasa perkara begini adalah begitu bengap dan lembap. Tidak sistematik. Sudah bertahun pengurusan dan masih jugak begitu. Bukan mudah untuk menguruskan ragam pelbagai pihak tapi itu bukan alasan untuk tidak membenarkan pengurusan yang lebih sistematik mengambil tempat. Bila perjalanan memang dijangka mengambil masa yang agak panjang lebih dari biasa, aku cenderung memandu dalam keadaan santai. Trying to enjoy the view. Listen to nice music. Having some lite ...