Skip to main content

Aku dan Perjalanan

26hb Disember, minggu lepas, tahun lepas. Gi hantar adik balik ke Politeknik Kuching. Memang dijangka perjalanan akan memakan masa yang lama. Teman seperjalan aku antaranya ialah mereka yang pergi- balik untuk Hari Krismas dan persediaan untuk tahun baru, anak² kembali ke sekolah, anak² kembali ke Poliku.
Aku tak habis² merungut dengan pengurusan adik aku untuk pembukaan semester baru kali ini. Register nak kena manual. Register subjek nak kena jumpa lecturer. Bayaran nak kena gi ke CIMB pastu nak kena gi lagi kat Bank Islam. Aku rasa perkara begini adalah begitu bengap dan lembap. Tidak sistematik. Sudah bertahun pengurusan dan masih jugak begitu. Bukan mudah untuk menguruskan ragam pelbagai pihak tapi itu bukan alasan untuk tidak membenarkan pengurusan yang lebih sistematik mengambil tempat.
Bila perjalanan memang dijangka mengambil masa yang agak panjang lebih dari biasa, aku cenderung memandu dalam keadaan santai. Trying to enjoy the view. Listen to nice music. Having some lite chit chat with my bro, sist and mom. Jadi semuanya berjalan dengan keadaan yang rilek. Nyaman palak~^^, Sampai ke destinasi dengan selamat, alhamdulillah. Bermalam kat rumah sewa adik aku sebelum esoknya nak gi hantar Dumchey ke Poliku. Dan segala puji hanya bagi ALLAH, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelah petangnya, selesai saja urusan Dumchey, aku ngan mak pun gogeng² meneruskan perjalanan balik ke Saratok.
Esoknya keluar berita mengenai jalan runtuh. Kejadian diandaikan berlaku pada sebelah malam 27hb Dis.
..berita selanjutnya..
Para sahabat di Semenanjung Malaysia menikmati kemudahan pengangkutan yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Sarawak. Bahkan diselenggara dan dinaik taraf dengan baik. Sarawak? Bila kejadian jalan runtuh begini terjadi, jalan alternatifnya? Misteri jalan lama pun tak wujud dow~!! Honestly perjalanan menuju ke arah Bintulu (sedikit jauh sebelum bandar) adalah lebih menakutkan berbanding perjalan ke Kuching (sebenarnya perjalanan menuju ke Sibu pun sudah cukup menakutkan). oOOo penakutnya aku~ Lebih sempit. Lebih banyak lekuk ularnya. Ditambah dengan kekerapan kenderaan berat yang menggunakan jalan yang sama adalah lebih tinggi. Lori balak aku paling tak suka. Aku dan lori balak di jalan raya adalah musuh selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Tips Akses Mediafire: Penyelesaian Mudah!!

Mediafire merupakan web file hosting yang menjadi pilihan utama aku untuk muat turun atau muat naik files . Dengan gabungan IDM , aktiviti 'sedut- menyedut' menjadi begitu mudah biarpun tidak memiliki akaun premium mediafire. Namun akhir- akhir ini, aku menghadapi sedikit masalah untuk mengakses beberapa files yang menggunakan kemudahan mediafire. Semua link menuju terus ke homepage mediafire. Luckily aku terserempak dengan beberapa tips ketika blogwalking tadi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana? Di sini ada caranya. ^^,

Pisah & Cantum: HJ Split

Muat turun  di sini .