Skip to main content

Siri Ketiga Duit Syiling Malaysia

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia - Berita penuh di sini dan sini.
Syiling
Keunikan Malaysia
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
50 sen - Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan - Imej pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan. 
20 sen - Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
10 sen - Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia. 
5 sen - Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Spesifikasi Teknikal
This is best bro
Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warna yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan.

Wang kertas pulak camner? Meh terjah sikit kat sini.

Comments

Popular posts from this blog

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Tips Akses Mediafire: Penyelesaian Mudah!!

Mediafire merupakan web file hosting yang menjadi pilihan utama aku untuk muat turun atau muat naik files . Dengan gabungan IDM , aktiviti 'sedut- menyedut' menjadi begitu mudah biarpun tidak memiliki akaun premium mediafire. Namun akhir- akhir ini, aku menghadapi sedikit masalah untuk mengakses beberapa files yang menggunakan kemudahan mediafire. Semua link menuju terus ke homepage mediafire. Luckily aku terserempak dengan beberapa tips ketika blogwalking tadi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana? Di sini ada caranya. ^^,

Pisah & Cantum: HJ Split

Muat turun  di sini .