Skip to main content

Akhirnya Berdepan Dengan Rindu Itu


Jumaat yang lepas, dikhabarkan tentang perginya seorang sahabat ke pangkuan Ilahi. Kali terakhir ketemu arwah ialah pada hari raya tahun yang lepas.
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati ALLAH.

Petang Jumaat. Berangkat ke Maludam.
Sudah agak lama rasanya tidak menjejak kaki ke sana. Ada bibit² kebimbangan yang bersarang..

Sekadar menjengah sekejap keluarga arwah; mudah²an kesedihan mereka berkurangan. Keluarga arwah dengan keluarga aku, masih terlalu dekat silangnya.

Nek Mok (bapak arwah) kelihatan sudah bertambah sihat berbanding kali terakhir aku melawatnya. Kalau dulu hanya boleh berbaring tapi sekarang, alhamdulillah, dah boleh menggagahkan diri untuk duduk sama bersembang walaupun hanya sebentar.. terubat rinduku pada arwah Pak Nek.. Namun masih tidak mampu untuk kutenung wajah Nek Mok lama², air mata rindu mula bergenang.

Menginjak ke rumah.

Mata asyik memandang ke sebuah bilik di rumah sebelah. Bilik arwah Nek Su..

Arwah Pak Nek dan arwah Nek Su. Kedua²nya adalah insan yang selalu menyambut kehadiran aku setiap kali berkunjung ke Maludam. Ada keriangan dan kesenangan di situ. Kedua²nya pergi ketika aku berada jauh dari sisi..

Walaubagaimana kuat pun keinginan aku agar semua itu tidak berlaku begitu, aku harus bahkan wajib redha dengan ketentuan ALLAH. .. dan sebagai manusia yang punya hati, aku merindu..




Semoga roh² mereka tenang di alam sana.
Semoga rahmat dan redha ALLAH bersama mereka.
Semoga kita akan dikumpulkan bersama di taman syurga ALLAH.

Semua nikmat di dunia ini hanyalah pinjaman.
Terima kasih TUHAN; atas segala pinjamanMU.



Selamat Tinggal

Comments

Popular posts from this blog

Dreams' Book

8:41 PM 19/6/2014 It's been a while.. Mampukah aku membina semula setiap impian yang aku pernah impikan hingga ia menjadi kenyataan? Bersembunyi juga penat. Bahkan sangat memenatkan. Alangkah baiknya aku berjuang. Tiada pernahkan terlambat. InshaALLAH. Dreams' book. I'll get one. By tommorow I'll have one. Sekarang masa untuk tidur. ^^

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Beylon. Fear Not.

Gambar sekadar hiasan. Cr Pic: Here AK5222 LCCT to KIA Fri 3rd Jan 2014 Depart: 0630 hrs Arvvd: 0815 hrs Latest flight yang mengocak ketenangan. Rasanya sejak fligt untuk event 1MET from KIA to LCCT hari tu, aku jadi sedikit cuak naik flight. Ada sedikit ketidak 'lancaran' berlaku masa tu. Sangat sedikit tapi cukup untuk meningkatkan detak jantung anda~. Pergh ^^' The funny thing is actually I enjoyed that moment but why.. why...whyyyyyyyyy~ kenapa aku menjadi cuak naik flight lepas tu? Aku pun tak faham. Pergi balik sekejap to Sarawak in last November tu aku perasan menda ni tapi aku abaikan. Tak mungkin lah. Sampailah yang flight latest nih. Sehari sebelum tu dah aku rasa tak best semacam. Abaikan. Nak naik flight makin la sa tak best. Abaikan. Dah depart.. apuuuuuu~ tak tenteram! Abaikan! Ye la. Aku kan macho jadi kena buat cam biasa. ^^ Dalam hati hanya TUHAN yang tahu.  Semalaman aku tak tidur nak habiskan download menda merapu lam lapt...