Terngiang- ngiang melodi lagu ni di benak kepala. Terasa sebak di dada. Imbasan demi imbasan tergambar di hadapan mata. Kupujuk hati supaya redha. Peranan dia telah tamat di sini, Aaee. Perjalanan kan diteruskan di sana. Hingga akhirnya mudah- mudahan kita dikumpulkan dalam kebahagiaan. Mati itu pasti. Hidup? .. InshaALLAH.. Dengan izin ALLAH. Bila tamat tempoh, tiada kan ketemu jualan tarikh untuk lanjutan. Tidak kupohon dipanjangkan umur, melainkan redha ALLAH dan kasih sayangNYA ke atasku dan kedua- dua orang tuaku. Diampunkan segala dosa- dosa kami dan dibebaskan kami dari segala hutang di atas makhluk- makhluk yang lain. Dunia itu penjara. Begitu mempersona namun tanpa iman di dada, hatikan sering dihambat duka. Islam adalah kurniaanMU yang sempurna, TUHANku. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ Innalillahi wa inna ilaihi roji'un Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali Semoga perginya Nek Su semalam di pagi Ju...
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.