Wednesday, November 30, 2011

Tepu

| |
0 jejak
Ba.ng.an.g. Carik images untuk 'tepu' keluar pulak images yang lucah². Aku dah le tengah stress giler.. Statik je dari tadi. Tak boleh nak masuk apa²pun info yang aku nak. Aishehmen.
Aku kat ne?

*^^-^^-^^*


Aku ingat aku dah puas hidup dengan memuaskan hati insan lain.
Rupa²nya masih tak puas.

Ngko rasa ngko mampu bertahan lebih lama ke Aaee? 

Aku tak tahu..

Abis tu ngko nak berhidup macam ni selamanya?

.. . .. 
Read More

Monday, November 28, 2011

Kampung Mang Baru

| |
0 jejak
Perjalanan menuju rumah suami kazen aku rasanya mengambil masa lebih kurang empat jam jugak le dari Saratok. Tak pernah lagi menjejak kaki ke tempat ni. Kampung Mang Baru.
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun jarak antara rumah agak jauh tapi tetamu ramai yang datang memeriahkan majlis. Kagum dengan semangat gotong royong yang masih utuh di kalangan mereka. ^^, Sama cam kampung aku. 



Layanan dari keluarga tuan tanah pun amat memuaskan. Suka sangat ^^,. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk merayaukan diri menjelajah ke pelusuk kampung tu. Huhu.
Tak banyak yang aku dapat update untuk hari ni. Ada banyak kerja lain yang sedang menunggu untuk diupdatekan.





Read More

Saturday, November 26, 2011

Social Promoter

| |
0 jejak
Petang ni aku gi layan ni pulak..>>Social Promoter<<

 
Bagaimana website ini beroperasi? Website ini menggunakan sistem barter di mana korang akan tekan like atau follow twitter untuk mendapat kredit. Kredit ini pula boleh digunakan untuk
mempromosikan blog, tambah follower, banyakkan like atau meningkatkan hits. Pendek kata, give and take.
Setiap pendaftaran baru akan menerima 50 kredit percuma.
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA
LANGKAH-LANGKAH
ADD SITE:
1. Klik butang "Add site" kat menu
2. Pilih sama ada Facebook(Like),Google(+1),Traffic exchange, Youtube
2. Isi ruangan yang diberikan
3. Pilih CPC: 1 - 5
4. Jika semua nampak ok klik Add Site.

MENAMBAH PELABURAN COIN:
1. Klik butang "My Sites" kat menu
2. Pilih balik social network yg sama anda pilih semasa add site.
3. Perhatikan ruangan action. Klik "add coin" untuk membuat pelaburan anda.
4. Isi ruang yang disediakan
5. Jika berpuashati klik add coin.

--^^++^^--
Aku copy paste je lah ayat pengenalan daripada owner nye ye. Cut sedikit sebanyak. He. Mulanya agak konfius jugak aku bila masuk lam menda alah ni  tapi lama kelamaannya aku mulai faham dan mengerti konsep yaang cuba diketengahkan web ni. Harap korang pun akan temui titik kefahaman itu. Heheh.
Read More

Friday, November 25, 2011

Score A Programme System

| |
0 jejak

Korang kenal tak ngan Score A Programme System? Aku kenal. Kenal pada nama nye aje. Aku tak tahu pun ape ke benda nye menda alah tu. Aku tak pernah nak amik tahu.
Berdasarkan nama, aku agak.. menda ni mesti da kaitan ngan budak² skolah. Pastu mesti da kelas² tuisyen di mana dengan rajin dan bersemangatnye anak² generasi kita belajar dalam suasana yang cukup menyeronokkan. Haha. Yer~. Rupa²nya telahan aku tepat!! ..tepat separuh.. Maka adikku, iNanoi, pun mulalah bercerita..

Taknak citer banyak lah. Ehehe. Korang gi je lah kat website diorang --> Score A <-- Aku wat kesimpulan jer lah ek. 
Bila aku godek² sendiri aku rasa sebenarnya best jugak program yang diorang tawarkan ni. Interaksi semuanya secara dalam talian. [akhirnya aku ingat jugak online lam bahasa]
Ni la cabang² perkhidmatan yang disediakan lam program Score A.
Antara ciri² unik yang diorang sediakan ialah eNotes- nota ringkas, ePast Yr. Exam- kertas soalan sebenar tahun² lepas, eTopic- modul latihan, eProgress- carta tuk parents pantau perkembangan anak lam eTopic, eTrial Exam™- simulasi peperiksaan sebenar, eAssessment™- latihan pendek, dan, eReport Card™- report card lor~
Parents pun boleh pantau prestasi anak masing² dalam program ni. Best kan? Aku paling suka tang ePast Yr. Exam tu. Berbaloi². Da lagi latihan tubi. Bertubi² wat latihan. Heh.

Kalau korang berminat nak ikuti program ni korang leh hubungi NurFarahin Syariza XenZia.
Read More

Thursday, November 24, 2011

Nuffnang Aku Hilang!!!

| |
0 jejak
Pergh!! Buang karan jek!!

Gelabah giler aku bila iklan nuffnang aku tak boleh view kat blog. Aku cuba tengok² kat html code ..biar tak reti.. pun aku tak jumpa apa² yang tak kena. Sepanjang hari aku ngadap laptop nak baiki problema itu.. akhirnya aku kena halau ngan adik aku. Hu. Sejak petang tadi aku online guna laptop dia. Terpaksalah dengan mata yang semakin ayu melayu ini, aku gagahkan diri mengadap lagi sekali blog menggunakan pc aku kat dalam bilik. Ngantuk dah ni. Ho.


Fuh. Alhamdulillah. Nasib baik ada lagi nuffnang aku. Masa dok lalok² tunggu pc start aku teringat yang adik aku si Dumchey da cakap sal coding apa ke benda ntah yang dia buat untuk mengelakkan  browser yang dia guna load iklan² dalam web. Dia ni kaki tegar mendownload jadi menda camtu amatlah berguna untuk mengelakkan laptop memproses data² iklan yang dia tak perlukan, so then laptop dia leh perform lebih laju.


Huh. Kurang asamboi~!!! Terbuang masa aku.. Hu..
Read More

Tuesday, November 22, 2011

Amir Jahari: Tanpamu (Single)

| |
0 jejak
Ingat tak ngan mamat Sarawak ni? Nama dia Amir Jahari.

 

Ni single terbaru dia. Tanpamu. Lama dah aku carik lagu ni..carik ngan mulut je mana nak jumpa.. Layan~. 1st time aku dengar lagu ni masa dia wat persembahan kat MHI TV3 ri tu. Lama dah.. Sedap giler wei suara dia. Aku suka suara² cam mamat ni. Korang leh godek kat youtube persembahan yang dia wat kat MHI ri tu.

 Tanpamu
by Amir Jahari
Selamat Pagi Semua
Dengarkanlah nada

Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Read More

Monday, November 21, 2011

KL Gangster

| |
0 jejak
KL Gangster. Muvi lama kan? Tak le lama sangat tapi lama dah kan? Abis tu kalau dah lama kenapa aku nak citer balik sal menda ni? ..sebab aku saja² je nak citer. .. senanye sebab adik aku, iNanoi, yang asyik ulang dialog² lam muvi ni wat aku teringin nak tengok balik muvi ni.
Filem bukan main² punye filem. Filem juta² wo~. Bahkan lepas RM10 juta!! Hari pertama tayangan pun dah cecah RM 1.5 juta!

Kasi sengat!!
Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang.

Hey ! kalo aku sembelih kau 18 baru kau tau tentang penyesalan tau tak!

Lu tak payah cita sama gua la , itu macam punya bangkai boleh duduk diam sama duit . gua tahu macam mana mau handle . 

Gua mau dia mati kaw² punya baru gua puas.

Lu kasi wa mati dulu baru wa diam la.

Dalam banyak² muvi made in Malaysia, muvi ni yang aku boleh layan sampai 2 3 kali.. 4 kali 5 kali.. berkali². ^^, Dialog memang ganas. Ayat power. Aku cuma tak puas ati apsal Zizan leh dimatikan. Hu. Tapi hidup memang camtu kan? Tak tahu bila.. tak tahu giliran siapa.. tak tahu kat mana.. ajal kita akan menjemput. Hm. Tersensitif pulak aku bila cita bab ajal ni.
Logik tak logik muvi ni, layan~!! Anggap cam tengok citer kartun le ye. Jangan amik serius, amik pengajaran²nye udah le.

Read More

Sukan SEA 2011: Malaysia vs Indonesia (Akhir)

| |
0 jejak

Malam ni lepak lagi depan tv. ^^, Syoknye~. 
Sukan SEA 2011: Malaysia vs Indonesia.
Bola Sepak final.
Tak perlu nak ramal² siapa yang akan menang. Kite layan je ~(^_^)~


 ..Edited..
Akhirnya Malaysia menang jugak. Tahniah~!! Pasni, 23hb November, nak kena lawan ngan Syria pulak. Ehe.
Perlawanan yang sungguh mantap. Puas hati. Pengadil pun mantap~. Tahniah kat pemain Indonesia jugak yang memberi lawan yang mantap. Anda mantap² belaka.


Semua rasa ada malam ni. Bukan aku sorang yang rasa. Ramai wo~ ramai yang merasa apa yang aku rasa. Kita mengongsi perasaan² yang sama~. (^_^) ataupun yang hampir sama. ;p



Emas yang ke- 59 untuk Malaysia kat Sukan SEA kali ni. ^^, Tahniah!!
Read More

Sunday, November 20, 2011

2011 20.11.2011

| |
0 jejak
Hari ni, semangat aku jatuh dengan merundum. Bagun pagi² dah kena ceramah lima posen. Aku dah penuh semangat nak buat keja² rumah. Bila dah kena bebel²an manja camtu, hati aku jadi panas. Panas. Aku kenal diri aku jadi jalan terbaik ialah mendiamkan diri.


Kadang² aku rasa kalau aku buat menda salah itulah menda yang betul.. sebab tak pernah kena marah pun. Kalau aku buat menda yang betul.. menda tu menda salah.. asyik manjanya dengan bebelan, even kesalahan orang lain pun, aku jugak yang kena dengar semua sampai aku rasa aku pulak yang buat salah. Adoiyapun. Aku tak boleh nak ubah fiil manusia. Aku cuma boleh cuba mengerti dan perbaiki kesalahan diri. Tapi aku ni manusia le namanya jugak nye pun~.

Aku ni siapalah.. Aku tahu, elok² dah da keja elok, aku balik jugak nak menganggurkan diri.  


Mak, anak kitak tuk balit sebab nak berjasa ngan kitak, mak. Duit boleh carik pi wat maso tuk kamek sikdo duit kei berik, kamek berik jak maso ngan tenago yang masih ado tuk. Kamek takut kamek sik sempat bah.. Kamek sik tauk umur mek setakat ni jak diberik TUHAN.

Tatkala hati berasa sayu bila menyentuh perkara begini, aku ingatkan diri kat arwah PakNek. Rindukan Pak Nek. Rindu sangat. Tak sempat aku nak berbakti ngan arwah PakNek semasa hidupnya. Peristiwa inilah yang memberi aku motivasi yang sangat tinggi untuk meluangkan masa dan tenaga aku kat kedua orang tua aku. Tapi perkara.. . tidak pernah seperti yang aku rancangkan. Rancangan TUHAN adalah lebih hebat. Akhirnya aku akan pergi jugak.. Mungkin itu adalah lebih baik. Sabarlah duhai hati. Ikhlaskan diri. Bertahanlah.


Jasa seorang ibu, aku takkan terbalas sepanjang hayat aku.
Aku harap aku mati dalam redha kedua ibubapa aku. Semoga dengan asbab itu aku bisa meraih redha ALLAH. Semoga ALLAH ampuni segala dosa aku. Semoga ALLAH selalu bersama aku.


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 
Read More

Tiada Sia²

| |
0 jejak
SEBENARNYA.......

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..


MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Tiada sia² adanya aku di dunia nih.
Sentiasa tersentuh dengan kasih sayang ALLAH.
Read More

Saturday, November 19, 2011

Sukan SEA: Malaysia vs Myanmar

| |
0 jejak
Ho. Jom lepak sama². ^^,

Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 jam 1700 waktu Malaysia, hari ni.
Live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming RTM live.
Malaysia vs Myanmar : 1 - 0
Read More

Friday, November 18, 2011

Go Green: Online Leaf

| |
0 jejak
Sebelum aku pergi menjelajah ke dunia gelapku.. tidur la.. aku nak ajak korang yang baca entri ni.. Mari le kite sama² go green. ^^,
Meh jengah web ni Online Leaf. Ada simple instructions kat situ yang korang boleh follow. Ada button kat situ untuk korang tengok dulu camne cara menda alah tu berfungsi. Kalau korang suka korang leh wat. Kalau tak suka, tak payah le pura² nak suka. Aku serius ngantuk ni. Aku tido dulu lah ye. ^^.
*Jangan lupa letakkan badge nye ok. Go green~!
Read More

Mari Belajar Jawi

| |
0 jejak
Hari ni aku dijumpakan dengan sebuah blog yang menarik perhatian aku kerana kandungan yang ada di dalamnya. Tabik kat empunya blog. Usaha yang sebegini lah yang perlu diteruskan.

Aku harap usaha yang dilakukan tidak dihentikan setakat itu sahaja. Aku benar² nak ikut perkembangan blog ni. Aku pengguna jawi tegar kat sekolah dulu. Aku suka sangat. Dan tulisan jawi ini ada perkembangannya. Harap aku dan korang tak akan ketinggalan. Berusahalah!! ^^,
Read More

Sukan SEA: Malaysia vs Indonesia

| |
0 jejak
17 Nov. Sukan SEA, Stadium Bung Karno, Jakarta. Malaysia vs Indonesia.
Aku tunggu lama wo pasal menda alah ni semalam. sebab aku tak tahu perlawanan start jam berapa. hu.

Malaysia 1 - 0 Indonesia

Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17!!
:(( Aku tak semapat nak tengok. Gara² carik makan punye pasal. Pemandu arah a.k.a. adik aku, bawak guna jalan jauh. actually dia pun tak tahu jalan nak gi mana.
Dinner. ^^, Paprik Daging
Sampai je kat rumah aku terus layan bola. Syok giler tengok kad kuning banyak dilayangkan. Hehe. Pastu insiden coach Ong Kim Swee kena usir keluar padang. Ahaks.
Pasukan Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee memang hebat. Aku tak lagi rasa tak puas ati nengok kawasan padang kosong atau pemain kena main sorang² sebab takda orang yang boleh sokong ataupun da sorang dua pemain just tengok bola lalu tanpa sebarang usaha nak rebut bola. Ye. Penat wo nak kejar,,.. Ingat senang ke nak main kat padang yang besar camtuh. Tapi dis is all about passion,,.. you'll do at your very best when you are out there. Pertahanan pun tahap gaban le tabik. Banyak peluang pasukan Indonesia boleh dapat score semalam tapi pertahanan pasukan Malaysia terbaik wok~! Apa yang penting?~ Kerjasama~!! Puas hati ^^, Tahniah!!
Read More

Thursday, November 17, 2011

I'm Watching~ I'm Watching~!!

| |
0 jejak
Gara² nak tengok bola sukan SEA, Malaysia vs Indonesia hari ni, aku gagahkan jugak diri menggodek tv lama tu. Lama dah tersadai kat bilik aku kat kampung. Bila mak dok rumah kat Betong secara automatiknya tv antik itupun ikut memindahkan dirinya.
Remote control  ilang sudah. Jadi kena wat secara manual. Hu. Lama dah tak wat keja ni.
Once upon a time a long² time ago, aku suka kacau menda alah ni. Dengan niat nak dapatkan siaran aliens.
Serius!! Mana tau kot² dapat dengar signal daripada diorang. Taksub jugak le sikit² ngan citer² sal aliens; U.F.O. pa sema yang berkaitan lah. Termasuk la citer X Files. Ehe.
Ni sebenarnya gara² pengalaman aku masa kecik² dulu pernah terlihat kelibat U.F.O.. Kalau aku sorang je yang nampak, aku boleh dikatakan dengan senangnya sebagai pembulak. maksudnya penipu lam loghat Sarawak. Tapi pada malam kejadian, kakak aku yang tersayang pun turut melihat kelibat yang sama. Dia da kat tepi aku je masa tu.
Detail sal citer tu, aku simpan je wat kenangan idup sendiri. Percaya ke tidak terpulang le. Aku tak mintak sapa²pun mengesahkan citer nih. Ehe.

Berbalik ngan kisah tv tadi. Siaran dah dapat. Cam biasa da siaran² old school aje. Tak clear sangat tapi cukup le sekadar nak tengok bola ala kadar. Wo. Camner ek perlawanan malam ni?
Read More

Betong SARAWAK

| |
0 jejak
Sampai sudah kat Betong kira² pada jam 0745. Betong k~. Betong, Sarawak. Bukan Bentong. Bentong kat Pahang. Jangan pulak da kes lagi cam sorang mamat in black tu yang dengan confidentnye cakap Pahang da kat Sarawak.
Singgah kedai makan jap gi beli mee kolok.Slurp~! Terus belasah sampai umah~. KuiKui. ^^

Alamak. Gambar tak clear. Ehe. Tak perasan.
Nak gambar yang clear?
Ok.
Clear?
^^, oOops. Abis sudah~.
Nampak menda kat sebelah kanan tu? Tu le pc old school yang banyak berjasa kat aku.
Read More

Aku Nak Realtime Twitter!!

| |
0 jejak
Da tengok application realtime twitter kat sebelah kanan blog ni? Hehe. Aku dah dapatkan. Mulanya aku buhsan tengok. Aku removekan. Pastu tengok cam best je kat web² yg lain so aku cuba skali lagi. Ehe. Cam elok je menda alah tu dok diam² kat situ.
Meh tengok camne pulak cara nak letakkan realtime twitter widget ni.

2. Letakkan dalam Search Query contohnya @aaeeza kalau nak user specifics twits ataupun letak je apa² perkataan kalau anda nak twits ngan perkataan yang specific.

3. Lengkapkan isian dengan mengisi bahagian Title dan jugak Caption.
4. Boleh klik dulu kat Test untuk lihat twit yang  populated ngan search term anda.
5. Da tengok kat bahagian kaler ijau tu. Tu le area anda boleh godek² untuk customize widget ni.
6. Last nye, klik kat Finish & Grab Code dan anda boleh le embed kod tersebut lm blog atau website anda.
Ehe. Simple je kan? ^^, iYer~.

Read More

Wednesday, November 16, 2011

Aku dan Sujud Tilawah

| |
0 jejak
Lama dah persoalan ni bermain lam diri aku. Apa punya bangang tak reti nak bertanya. Tengah baca al Quran pas solat tadi, terserempak ngan ayat sajdah. Dah bis baca aku terus godek² kat tenet *ni le antara kelebihan internet. Da banyak web yang bincang pasal ni. Pening kepala aku nak accept. Alhamdulillah akhirnya aku dijumpakan dengan sebuah web yang aku rasa sangat informative dan tidak complicated dalam penerangan untuk pemahaman cara² nak wat sujud tilawah..
P/s:  Seperti biasa lah ye, dah godek² tu kita bertanggungjawab untuk sekurang²nya melakukan sedikit penyelidikan ke atas contents yang terdapat di dalam web tersebut..,, lebih² lagi yang berkaitan dengan agama. Ini bagi memastikan kita mendapat maklumat yang betul.. dan menyebarkan kembali maklumat yang betul kepada viewers blog kita.

Ni le web yang disebut² itu~..Koleksi Soal Jawab Solat..~
Dan ni pulak direct link kepada persoalan aku tadi ~Cara Sujud Syukur~ *tajuknye sujud syukur namun masih boleh diimplement lam sujud tilawah [di luar solat].

Sedikit rumusan yang dapat aku kongsi kat sini:
5 rukun sujud tilawah [Mazhab Syafie]:

1. Berniat.
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud satu kali sahaja.
4. Duduk selepas sujud dan;
5. Memberi salam.

Bacaan lam sujud pulak sama je ngan bacaan lam sujud solat fardhu.

Boleh gi kat aselicahndeso untuk maklumat yang lebih padat.
Read More

Adding CommentLuv For Blogger

| |
0 jejak
Sekarang baru aku faham. Apsal la bengap tak alert. Adoiya. 
Baiklah. Step by step camne nak guna CommentLuv juz go to dis site --> GigLogo [CommentLuv: Blogger] <-- Semua da images so senang nak follow. Actually ada jugak interface yang berbeza.. sikit² je la.. sure leh settle nye lah. Mood tengah malas nak ceciter step by step ni. Len kali aku editkan. InshaALLAH.
Read More

Bila Saratok Dikabuskan

| |
0 jejak
Bila BEN ASHAARI wat entri sal kabus, aku pun nak wat gak entri sal kabus. Ehe.

 Kejadian berlaku lam jam 1700 semalam. Mulanya kabus kat area sebelah je.
 Tetiba menda alah ni merebak pulak!!
  Huh? Kabus datang dari pelbagai sudut!!
Ni kat depan rumah!!

...


Hm?????!!!

...

oOOo

...
Aktiviti fogging rupanya. Adoiyapun~. 
Ni la antara insan yang betanggungjawab membawa 'kabus' tersebut.
Fogging foggging fogging~
 Budak² memang suka time fogging camni.
Read More

Monday, November 14, 2011

Break Time: Take 5!!

| |
0 jejak
Semalam connection internet buat hal. Sebal seh. Aku baru je abis edit satu picture yang aku nak upload. Pagi aku cuba lagi,, afternoon cuba lagi.. aik..? Tak bleh jugak? Aku tak puas ati. Godek² godek² gong geng~ Yok~? Boleh pulak~ Yey~. Aku tak tahu le sama ada line celcom yang bermasalah atau handphone aku yang bermasalah. Anggap je le h/p aku yang timbulkan masalah. Lagipun lepas aku godek satu software kat pc semalam le connection to internet aku mula bermasalah. *H/p aku jadikan modem.

Keadaan sebegitu sebenarnya memberikan aku peluang untuk berehat. Mana kan tidak, dalam masa tida sampai seminggu pc aku dipulihkan aku terus melekat kat depan menda alah ni. Aku tak boleh ar.. ni memang dah hobi aku.. . .. Tapi bila dapat peluang berehat camni baru aku sedar betapa bodohnya pengaturan masaku.
Badan mula merasa kesan akibat terlalu banyak meluang masa bertenggek depan pc.. dan baru aku mula melihat perkara² yang aku dah terlepas nak "hidupi". Living Life. Adeh². Berilah ruang untuk diri bernafas Aaee. Oki~? ^^, Aja² fighting!! p(^_^)q

Kesimpulannya, aku kena bahagikan masa bebaik. Kehidupan maya itu penting. Kehidupan dunia sebenar itu pun penting. Namun kehidupan akhirat itulah yang paling penting. Fokus. Jangan lupa tujuan hidup. ^^,

Surah Al-'Asr

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Read More

Sunday, November 13, 2011

My Blog + Fb

| |
0 jejak
oOOo Fuh~!! Penat eh. Tu baru belaja nak letak facebook like button kat post. Adoiya pun~. Hu. Masih x puas ati sebab set application nye masih tak lengkap. Ingatkan nak share cara² nye kat sini.
Pastu ngantuk plak. Ahaks. Mau tido sudah. Zzzz.~

++ ++

Susah payah aku cuba nak share kan cara² nye.. serius! due to lack of knowledge in html editing :( 
But ahernya aku jumpa satu widget kat laman web nih -->sharethis<--. Kena register dulu kalu nak guna application diorang tapi tak payah risau sebab ia tak amik masa yang panjang berjela. Enjoy~.
Read More