Saturday, April 21, 2012

..If you miss the train I'm on.. You will know that I am gone..

| |
0 jejak



Terngiang- ngiang melodi lagu ni di benak  kepala. Terasa sebak di dada.  Imbasan demi imbasan tergambar di hadapan mata. Kupujuk hati supaya redha.
Peranan dia telah tamat di sini, Aaee. Perjalanan kan diteruskan di sana. Hingga akhirnya mudah- mudahan kita dikumpulkan dalam kebahagiaan. 

Mati itu pasti. Hidup? .. InshaALLAH.. Dengan izin ALLAH.
Bila tamat tempoh, tiada kan ketemu jualan tarikh untuk lanjutan.
Tidak kupohon dipanjangkan umur, melainkan redha ALLAH dan kasih sayangNYA ke atasku dan kedua- dua orang tuaku.
Diampunkan segala dosa- dosa kami dan dibebaskan kami dari segala hutang di atas makhluk- makhluk yang lain.

Dunia itu penjara. Begitu mempersona namun tanpa iman di dada, hatikan sering dihambat duka.
Islam adalah kurniaanMU yang sempurna, TUHANku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali

Semoga perginya Nek Su semalam di pagi Jumaat, si penghulu hari, dengan banyaknya pintu rahmat dibuka serta ruahnya limpahan kurnia ALLAH, maka ditaburkan rahmat dan kasih sayang ALLAH ke atas roh Nek Su. Luaskan, Ya ALLAH, perhentian dia di alam sana dan bahagiakan dia dengan murahnya ampunanMU hai TUHAN.

Ya Hayyu Ya Qayyum, jika itu kemahuanMU tiada yang mampu menghalangi. Tiada layak manusia untuk mengadili. Sungguh, ENGKAU Maha Mengetahui segalanya. AturanMU lah yang terbaik.

mati
Bagaimana pula nasibku di sana..?


Read More

Monday, April 9, 2012

Mati Itu Pasti

| |
0 jejak
M.A.T.I.
Kebelakangan ini seringkali bermimpi mengenai mati. Pagi tadi diulit lagi mimpi mati. Nafas tersekat- sekat dan pabila tersedar, jantung berdegup dengan begitu kencang.
Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya.
Sumber: Di Sini
Sumber: Di sini

Sungguh. Aku ingin segera mati. Keinginan kepada kesenangan dunia sering kumatikan dengan mati

Namun beban hutang yang kutanggung menjerat setiap jejak langkahku. Berusahalah Aaee!! Ya Rabb. Bantulah hambuMU yang tiada daya ini. Bebaskan daku dari belenggu hutang. Hanya kepadaMU aku bersandar.

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Sumber: Di sini.



Read More

Friday, April 6, 2012

Internet Download Manager 6.11 Beta

| |
0 jejak
Tidak perlu penjelasan lanjut.

senyum

Muat turun di sini.



Read More

Tuesday, April 3, 2012

Bawaku Pergi - Zizan & Kaka : Diharamkan?

| |
0 jejak

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Malique said:

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka dan, saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik secara jelasnya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.
Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH.

Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’.
Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak *****, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. It's just a song. If you don't like a certain food, you just leave it. You don't go around telling the whole country that they shouldn't taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

- Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI -

Sumber : mStar Online ; ehgosip


.
Read More

Sunday, April 1, 2012

Tawaran Buatmu Chekgu Chekgi; Nak Pindah Tak? [April 2012]

| |
0 jejak
cikgu pindah
Permohonan pindah antara negeri, bahagian dan daerah.
1 April 2012 hingga 30 April 2012.
Klik di sini.
Pastikan anda menggunakan browser Internet Explorer.


Read More