Thursday, June 19, 2014

Dreams' Book

| |
0 jejak
8:41 PM 19/6/2014
It's been a while..
Mampukah aku membina semula setiap impian yang aku pernah impikan hingga ia menjadi kenyataan?
Bersembunyi juga penat. Bahkan sangat memenatkan. Alangkah baiknya aku berjuang. Tiada pernahkan terlambat. InshaALLAH.
Dreams' book. I'll get one. By tommorow I'll have one. Sekarang masa untuk tidur. ^^
Read More

Thursday, January 23, 2014

Ulu Yam di Liverpool

| |
0 jejak
Alhamdulillah. 
Akhirnya khatam jugak Ulu Yam di Liverpool. Memang tabiat membaca aku yang agak perlahan pabila gaya penulisan mengesan di hati. Sejujurnya banyak kali pembacaan aku terhenti. Mengambil masa untuk menghadam dan hayati. Ambik 'feel'. ^^,

Nak baca lagi dan catit untuk peringatan diri.. Tapi terlalu teruja untuk disimpan sendiri. Nak bagi mak baca dulu. Dah abis baru aku kaji balik.
Aku pasti banyak impian mak yang dibunuh, terbunuh mahupun membunuh diri. Er.. erk! Aku nak dia capai apa yang dia impikan. Masih belum terlambat! TERUJA!!

Dan tak sabar menunggu kelahiran UYDL 2!
Read More

Sunday, January 5, 2014

Beylon. Fear Not.

| |
0 jejak
Gambar sekadar hiasan. Cr Pic: Here
AK5222
LCCT to KIA
Fri 3rd Jan 2014
Depart: 0630 hrs
Arvvd: 0815 hrs

Latest flight yang mengocak ketenangan.

Rasanya sejak fligt untuk event 1MET from KIA to LCCT hari tu, aku jadi sedikit cuak naik flight. Ada sedikit ketidak 'lancaran' berlaku masa tu. Sangat sedikit tapi cukup untuk meningkatkan detak jantung anda~. Pergh ^^' The funny thing is actually I enjoyed that moment but why.. why...whyyyyyyyyy~ kenapa aku menjadi cuak naik flight lepas tu? Aku pun tak faham.

Pergi balik sekejap to Sarawak in last November tu aku perasan menda ni tapi aku abaikan. Tak mungkin lah.

Sampailah yang flight latest nih.
Sehari sebelum tu dah aku rasa tak best semacam. Abaikan. Nak naik flight makin la sa tak best. Abaikan. Dah depart.. apuuuuuu~ tak tenteram! Abaikan! Ye la. Aku kan macho jadi kena buat cam biasa. ^^ Dalam hati hanya TUHAN yang tahu. 
Semalaman aku tak tidur nak habiskan download menda merapu lam laptop. Ingatkan boleh melantak tidur lam beylon cuma takut pulak terdengkur~. Ngantuk memang ngantuk tapi tak boleh nak lelap. Depan belakang aku bunyi dengkur saling bersahutan. Walaupun dalam hati ada ribut, aku tersenyum. Hati kena geletek. Geli.

Amik buku. Ulu Yam di Liverpool. .sambung baca; Eiffel I'm In Love - Disney Here We Come!
Tiba di satu halaman tu, aku diam sejenak. 

"Dan nikmat ALLAH yang mana satu yang engkau hendak dustakan"

Petikan dari Surah Ar Rahman. Salah satu surah Al Quran yang aku sangat suka.

I used to adore this beylon. Everything about it is so adorable. I used to thanks and worship ALLAH for this beylon. Astagfirullahaladzim. Aku lupa.

"Dan nikmat ALLAH yang mana satu yang engkau hendak dustakan"

Benarlah.
Fear is the mind-killer. -Frank Herbert-
Kecuali takutkan ALLAH. 

Leganya. Alhamdulillah. Thank you ALLAH. Mendekati landasan LTAK aku lelap sejenak. Head banging!!

Read More

Monday, December 30, 2013

Kopi Chenta

| |
0 jejak
Cr Pic: http://coffeebean.com.au/
Suka kopi.
Bau kopi harum.

Suka kopi.
Terutama kalau ada insan yang aku sayang buatkan untuk aku.
Kadang- kadang kat rumah, saja buatkan teh je. Kopi biar mak yang buatkan.
Sejujurnya bila bangun pagi pagi dan tengok atas meja dah siap air kopi dalam bekas; it lighten my day.

Dulu.. selalu nak best friend buatkan kopi padahal boleh je aku buatkan sendiri. Mengada kan~? Hehe.

Suka kopi.
Kopi yang dibuat dengan kasih sayang sangatlah yummy~ ^^, Kalau buat dengan ke-terpaksaan? Hahaha. Pun sedap; Sebab aku tahu dia yang aku paksa tu masih sayangkan aku.  

I wonder.. Will Mr. Ubi willing to learn to makes me a cup of coffee each morning? 
(* ˘⌣˘)◞[_]♥[_]ヽ(•‿• )

Read More

Thursday, November 28, 2013

Vroooom vrooom~

| |
0 jejak
Drive keta baru kew tu~? 

Hari nih mak gi keja drive keta baru. Erk. Kereta baru ke baharu? Sejak dua menjak ber-jak jak Bahasa Melayu saya semakin tunggang langgang. Rujuk sini untuk baharu vs baru.

I am happy for her; walaupun kereta baharu membawa makna hutang baharu yang kena bayar tiap kali bulan baharu. She can afford it and I really do think she need it. Mom. Please do not hesitate any more to reward yourself, same goes to you dad. 

No picture available yet. I miss both of you very much.


Read More