Sunday, March 24, 2013

Rindu Bertamu Di Maludam Lagi

| |
0 jejak
Cr Pic: Di Sini
Riuh penduduk meraih hasil tangkapan sang nelayan di jeti. "Payak". Masing- masing memilih hasil tangkapan untuk dibawa pulang. Banyak rezeki hari ini. Alhamdulillah. 

Penat berjalan bersama Mak dan Apak ke Pasar Tani dan seterusnya ke Pasar Maludam hilang pabila melihat keriuhan dan kegembiraan mereka. Teruja untuk menyerta tapi Apak dah ajak balik ke rumah. Berlalu hampa.

Di jeti itulah.. . ..kali terakhir aku bersua dengan arwah Nek Su. Situasi yang hampir sama cuma pada kali itu yang diraih adalah ikan terubuk.
Masih terbayang secara kelam dan samar dalam ingatan aku, wajah arwah memandang dengan pandangan yang sepi. Hanya melihat gelagat manusia di situ.. berdiri dengan tongkatnya. Tiada senyuman menghantar kupulang seperti senyuman biasanya walaupun aku senyum bagai nak rak kepadanya. Tiada senyuman.. . Dan kemudian dia kembali berpaling ke arah jeti; terus leka memerhati gelagat peraih- peraih di situ.

Dan semesti rinduku turut terarah kepada arwah Pak Nek. .. Kucuba imbas kembali kali terakhir aku mengunjungi arwah. 

Hari raya puasa kali itu, seperti lazim, berkumpul di ruang tamu. Pertama kali beraya di rumah baharu, rumah mesra rakyat yang tak berapa nak mesra. Hanging around dan berborak seperti biasa.
Kulihat Pak Nek mengambil kotak rokok. Mengeluarkan sebatang rokok dan dengan perlahan menyalakannya.

"Eh. Merokok lagi ke Pak Nek?" Aku menegur.

"Bukan selalu". Jawab Pak Nek selamba.

Dalam banyak- banyak situasi, kenapa hanya situasi itu yang paling segar dalam ingatan aku.. Selebihnya hanya satu kekaburan bahkan hampir tiada dalam ingatan.

Ya ALLAH.. Rindunya aku kepada kedua- dua adik- beradik itu. Berikan keampunanMU kepada mereka wahai TUHANku. Luaskan rahmat dan kasih sayangMU dan curahkanlah jua kepada mereka. Bahagiakan mereka dengan kelembutan dan kemurahanMU. Amin.

.. . ..



..
"Herry!! Herry!! Situk  lok kawu!!" 
Sayup kedengaran panggilan dari NekSu pabila melihat kelibatku.

"Inek nak ke dibah lok ncarik ikan."
Samar kulihat bayang PakNek bergegas mengayuh basikal tua-nya.

.. Hanya doa yang mampu kutitipkan..



Read More