Monday, December 30, 2013

Kopi Chenta

| |
0 jejak
Cr Pic: http://coffeebean.com.au/
Suka kopi.
Bau kopi harum.

Suka kopi.
Terutama kalau ada insan yang aku sayang buatkan untuk aku.
Kadang- kadang kat rumah, saja buatkan teh je. Kopi biar mak yang buatkan.
Sejujurnya bila bangun pagi pagi dan tengok atas meja dah siap air kopi dalam bekas; it lighten my day.

Dulu.. selalu nak best friend buatkan kopi padahal boleh je aku buatkan sendiri. Mengada kan~? Hehe.

Suka kopi.
Kopi yang dibuat dengan kasih sayang sangatlah yummy~ ^^, Kalau buat dengan ke-terpaksaan? Hahaha. Pun sedap; Sebab aku tahu dia yang aku paksa tu masih sayangkan aku.  

I wonder.. Will Mr. Ubi willing to learn to makes me a cup of coffee each morning? 
(* ˘⌣˘)◞[_]♥[_]ヽ(•‿• )

Read More

Thursday, November 28, 2013

Vroooom vrooom~

| |
0 jejak
Drive keta baru kew tu~? 

Hari nih mak gi keja drive keta baru. Erk. Kereta baru ke baharu? Sejak dua menjak ber-jak jak Bahasa Melayu saya semakin tunggang langgang. Rujuk sini untuk baharu vs baru.

I am happy for her; walaupun kereta baharu membawa makna hutang baharu yang kena bayar tiap kali bulan baharu. She can afford it and I really do think she need it. Mom. Please do not hesitate any more to reward yourself, same goes to you dad. 

No picture available yet. I miss both of you very much.


Read More

Sunday, September 29, 2013

BENAR

| |
0 jejak

Terpandang sekilas pada potongan hadith dilekat pada dinding di dalam bilik sepupu aku. Membacanya dan diam sejenak. Entah kenapa sepotong ayat pada hadith ini membuat hati aku menggumam bisu. Mengesan dan barangkali hadith inilah yang pertama aku hafaz.

Itu kisah belasan tahun yang lalu.

Bilamana hadith ini muncul semula hari ini.. pada laman muka buku seorang insan budiman si Nazali Noor [di sini]. sungguh situasi yang sama berulang kembali. Tergamam menggumam. Hati berbicara lagi. Dan masih bisu.
Read More

Tuesday, July 2, 2013

Semuanya Kan Baik² Saja

| |
0 jejak

Ianya memang agak sukar buat masa dan ketika ini tapi aku tetap percaya kita akan bergelak tawa di kemudian hari.

Bila ingatan melayang ke arah kamu,.. pedih. Hanya ingin segalanya menyenangkan. Belajar senyum bila merindu kamu. Belajar menyinta kamu selayaknya pada pengertian cinta itu sendiri. Aku masih belajar.

Adoiyai. Emo emo~. 


Hahaha.

Ini jalan kisah kita. Semoga berjaya untuk aku dan kamu.


Read More

Monday, July 1, 2013

Aku. Kamu.

| |
0 jejak

Aku. Kamu.

It is what it is. It is what it is. It is what it is. 
Sepanjang hari aku menanam ayat ini biar ia mengesan di dalam hati. Berulang kali.

Namun tatkala aku paling tidak ingin ditemukan dengan kamu, kita ditemukan jugak. Bukan sekali bahkan dua kali. Maaf. .. mata tidak mengarah ke arah kamu. Jika ketika itu memejam mata adalah sesuatu yang tidak mustahil dan dibenarkan, aku akan memilih untuk memejam mata. Bukankah bagi kamu, tidur dapat menyelesaikan segala²nya..?

Hati benar² sakit. Gundah. Keliru. Dan percaya begitu juga kisahnya hati kamu.

Suatu hari nanti bila ditakdirkan kita masih dapat duduk bersama.. kita pasti akan tertawa mengenang kisah aku dan kamu. 

"Bodohnya. Tidak perlu membazir begitu banyak masa untuk mengorak langkah ke tahap yang lebih baik. Kalaulah kita berpisah lebih awal."
Diselangi dengan gelak ketawa yang ikhlas.. jauh lebih bahagia.

Kisah di suatu hari ini suatu motivasi. 


Berhenti sudah mencari chenta. Biar chenta datang bergolek² kat aku. Hahaha.



Read More

Sunday, March 24, 2013

Rindu Bertamu Di Maludam Lagi

| |
0 jejak
Cr Pic: Di Sini
Riuh penduduk meraih hasil tangkapan sang nelayan di jeti. "Payak". Masing- masing memilih hasil tangkapan untuk dibawa pulang. Banyak rezeki hari ini. Alhamdulillah. 

Penat berjalan bersama Mak dan Apak ke Pasar Tani dan seterusnya ke Pasar Maludam hilang pabila melihat keriuhan dan kegembiraan mereka. Teruja untuk menyerta tapi Apak dah ajak balik ke rumah. Berlalu hampa.

Di jeti itulah.. . ..kali terakhir aku bersua dengan arwah Nek Su. Situasi yang hampir sama cuma pada kali itu yang diraih adalah ikan terubuk.
Masih terbayang secara kelam dan samar dalam ingatan aku, wajah arwah memandang dengan pandangan yang sepi. Hanya melihat gelagat manusia di situ.. berdiri dengan tongkatnya. Tiada senyuman menghantar kupulang seperti senyuman biasanya walaupun aku senyum bagai nak rak kepadanya. Tiada senyuman.. . Dan kemudian dia kembali berpaling ke arah jeti; terus leka memerhati gelagat peraih- peraih di situ.

Dan semesti rinduku turut terarah kepada arwah Pak Nek. .. Kucuba imbas kembali kali terakhir aku mengunjungi arwah. 

Hari raya puasa kali itu, seperti lazim, berkumpul di ruang tamu. Pertama kali beraya di rumah baharu, rumah mesra rakyat yang tak berapa nak mesra. Hanging around dan berborak seperti biasa.
Kulihat Pak Nek mengambil kotak rokok. Mengeluarkan sebatang rokok dan dengan perlahan menyalakannya.

"Eh. Merokok lagi ke Pak Nek?" Aku menegur.

"Bukan selalu". Jawab Pak Nek selamba.

Dalam banyak- banyak situasi, kenapa hanya situasi itu yang paling segar dalam ingatan aku.. Selebihnya hanya satu kekaburan bahkan hampir tiada dalam ingatan.

Ya ALLAH.. Rindunya aku kepada kedua- dua adik- beradik itu. Berikan keampunanMU kepada mereka wahai TUHANku. Luaskan rahmat dan kasih sayangMU dan curahkanlah jua kepada mereka. Bahagiakan mereka dengan kelembutan dan kemurahanMU. Amin.

.. . ..



..
"Herry!! Herry!! Situk  lok kawu!!" 
Sayup kedengaran panggilan dari NekSu pabila melihat kelibatku.

"Inek nak ke dibah lok ncarik ikan."
Samar kulihat bayang PakNek bergegas mengayuh basikal tua-nya.

.. Hanya doa yang mampu kutitipkan..



Read More

Monday, February 11, 2013

A Day With Ubi

| |
0 jejak

Meluangkan masa mendalami sedikit kehidupan Mr. Ubi. ^^, Syiok.

Dari berkebun sampai jadi gembala sapi. Met his Anjang. Met junior cobra. Having Topat the squirrel. Hehe. All the good things. And also berjemur. Tunggu feri lama sebab air masih surut. Ngeh ngeh. Small matter lah.

.. .


Dan semua gambar pun corrupted. T_T

He said ada seitan~!
I said maknanya kena ulang luangkan masa sekali lagi ler nampaknya~.

It's ok. Saya heppi. Dia heppi. We are both happy.
Read More

Wednesday, January 9, 2013

Pokok Laut. The Sea Tree

| |
0 jejak
Akal manusia ALLAH kurniakan dengan kehebatan yang sangat tinggi. Semua ciptaan ALLAH sangat menakjubkan maashaaALLAH.

Sebagaimana manusia diberikan akal untuk membina bangunan² yang hebat di atas muka Bumi milik ALLAH, juga akal dikurniakan untuk memelihara mahupun memulihara alam sekitar kita. Memang tidak akan tertandingkan ciptaan ALLAH tetapi sebaiknya begitulah setelah kita "merosakkan" alangkah baiknya andai kita juga memelihara serta memulihara Bumi ini. 

Berikut adalah idea ciptaan seorang arkitek bernama Koen Olthuis dalam usaha yang membolehkan kita, manusia, berharmoni dengan makhluk² ciptaan ALLAH yang lain.

Layan gambar².






Berharap sangat agar projek ni menjadi. ^^, Maklumat  lebih lanjut boleh rujuk kat sini.

Sumber: Sini Sini Sini
Read More

Tuesday, January 8, 2013

How To Spot A Liar

| |
0 jejak




 











Sumber: Internet
Read More