Cr Pic: Di Sini Riuh penduduk meraih hasil tangkapan sang nelayan di jeti. " Payak ". Masing- masing memilih hasil tangkapan untuk dibawa pulang. Banyak rezeki hari ini. Alhamdulillah. Penat berjalan bersama Mak dan Apak ke Pasar Tani dan seterusnya ke Pasar Maludam hilang pabila melihat keriuhan dan kegembiraan mereka. Teruja untuk menyerta tapi Apak dah ajak balik ke rumah. Berlalu hampa. Di jeti itulah.. . ..kali terakhir aku bersua dengan arwah Nek Su. Situasi yang hampir sama cuma pada kali itu yang diraih adalah ikan terubuk. Masih terbayang secara kelam dan samar dalam ingatan aku, wajah arwah memandang dengan pandangan yang sepi. Hanya melihat gelagat manusia di situ.. berdiri dengan tongkatnya. Tiada senyuman menghantar kupulang seperti senyuman biasanya walaupun aku senyum bagai nak rak kepadanya. Tiada senyuman.. . Dan kemudian dia kembali berpaling ke arah jeti; terus leka memerhati gelagat peraih- peraih di situ. Dan semesti rinduku turut terar...
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.