Terpandang sekilas pada potongan hadith dilekat pada dinding di dalam bilik sepupu aku. Membacanya dan diam sejenak. Entah kenapa sepotong ayat pada hadith ini membuat hati aku menggumam bisu. Mengesan dan barangkali hadith inilah yang pertama aku hafaz. Itu kisah belasan tahun yang lalu. Bilamana hadith ini muncul semula hari ini.. pada laman muka buku seorang insan budiman si Nazali Noor [ di sini ]. sungguh situasi yang sama berulang kembali. Tergamam menggumam. Hati berbicara lagi. Dan masih bisu.
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.