Skip to main content

Beylon. Fear Not.

Gambar sekadar hiasan. Cr Pic: Here
AK5222
LCCT to KIA
Fri 3rd Jan 2014
Depart: 0630 hrs
Arvvd: 0815 hrs

Latest flight yang mengocak ketenangan.

Rasanya sejak fligt untuk event 1MET from KIA to LCCT hari tu, aku jadi sedikit cuak naik flight. Ada sedikit ketidak 'lancaran' berlaku masa tu. Sangat sedikit tapi cukup untuk meningkatkan detak jantung anda~. Pergh ^^' The funny thing is actually I enjoyed that moment but why.. why...whyyyyyyyyy~ kenapa aku menjadi cuak naik flight lepas tu? Aku pun tak faham.

Pergi balik sekejap to Sarawak in last November tu aku perasan menda ni tapi aku abaikan. Tak mungkin lah.

Sampailah yang flight latest nih.
Sehari sebelum tu dah aku rasa tak best semacam. Abaikan. Nak naik flight makin la sa tak best. Abaikan. Dah depart.. apuuuuuu~ tak tenteram! Abaikan! Ye la. Aku kan macho jadi kena buat cam biasa. ^^ Dalam hati hanya TUHAN yang tahu. 
Semalaman aku tak tidur nak habiskan download menda merapu lam laptop. Ingatkan boleh melantak tidur lam beylon cuma takut pulak terdengkur~. Ngantuk memang ngantuk tapi tak boleh nak lelap. Depan belakang aku bunyi dengkur saling bersahutan. Walaupun dalam hati ada ribut, aku tersenyum. Hati kena geletek. Geli.

Amik buku. Ulu Yam di Liverpool. .sambung baca; Eiffel I'm In Love - Disney Here We Come!
Tiba di satu halaman tu, aku diam sejenak. 

"Dan nikmat ALLAH yang mana satu yang engkau hendak dustakan"

Petikan dari Surah Ar Rahman. Salah satu surah Al Quran yang aku sangat suka.

I used to adore this beylon. Everything about it is so adorable. I used to thanks and worship ALLAH for this beylon. Astagfirullahaladzim. Aku lupa.

"Dan nikmat ALLAH yang mana satu yang engkau hendak dustakan"

Benarlah.
Fear is the mind-killer. -Frank Herbert-
Kecuali takutkan ALLAH. 

Leganya. Alhamdulillah. Thank you ALLAH. Mendekati landasan LTAK aku lelap sejenak. Head banging!!

Comments

Popular posts from this blog

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Tips Akses Mediafire: Penyelesaian Mudah!!

Mediafire merupakan web file hosting yang menjadi pilihan utama aku untuk muat turun atau muat naik files . Dengan gabungan IDM , aktiviti 'sedut- menyedut' menjadi begitu mudah biarpun tidak memiliki akaun premium mediafire. Namun akhir- akhir ini, aku menghadapi sedikit masalah untuk mengakses beberapa files yang menggunakan kemudahan mediafire. Semua link menuju terus ke homepage mediafire. Luckily aku terserempak dengan beberapa tips ketika blogwalking tadi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana? Di sini ada caranya. ^^,

Pisah & Cantum: HJ Split

Muat turun  di sini .