Skip to main content

Akhirnya Berdepan Dengan Rindu Itu


Jumaat yang lepas, dikhabarkan tentang perginya seorang sahabat ke pangkuan Ilahi. Kali terakhir ketemu arwah ialah pada hari raya tahun yang lepas.
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati ALLAH.

Petang Jumaat. Berangkat ke Maludam.
Sudah agak lama rasanya tidak menjejak kaki ke sana. Ada bibit² kebimbangan yang bersarang..

Sekadar menjengah sekejap keluarga arwah; mudah²an kesedihan mereka berkurangan. Keluarga arwah dengan keluarga aku, masih terlalu dekat silangnya.

Nek Mok (bapak arwah) kelihatan sudah bertambah sihat berbanding kali terakhir aku melawatnya. Kalau dulu hanya boleh berbaring tapi sekarang, alhamdulillah, dah boleh menggagahkan diri untuk duduk sama bersembang walaupun hanya sebentar.. terubat rinduku pada arwah Pak Nek.. Namun masih tidak mampu untuk kutenung wajah Nek Mok lama², air mata rindu mula bergenang.

Menginjak ke rumah.

Mata asyik memandang ke sebuah bilik di rumah sebelah. Bilik arwah Nek Su..

Arwah Pak Nek dan arwah Nek Su. Kedua²nya adalah insan yang selalu menyambut kehadiran aku setiap kali berkunjung ke Maludam. Ada keriangan dan kesenangan di situ. Kedua²nya pergi ketika aku berada jauh dari sisi..

Walaubagaimana kuat pun keinginan aku agar semua itu tidak berlaku begitu, aku harus bahkan wajib redha dengan ketentuan ALLAH. .. dan sebagai manusia yang punya hati, aku merindu..




Semoga roh² mereka tenang di alam sana.
Semoga rahmat dan redha ALLAH bersama mereka.
Semoga kita akan dikumpulkan bersama di taman syurga ALLAH.

Semua nikmat di dunia ini hanyalah pinjaman.
Terima kasih TUHAN; atas segala pinjamanMU.



Selamat Tinggal

Comments

Popular posts from this blog

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Dreams' Book

8:41 PM 19/6/2014 It's been a while.. Mampukah aku membina semula setiap impian yang aku pernah impikan hingga ia menjadi kenyataan? Bersembunyi juga penat. Bahkan sangat memenatkan. Alangkah baiknya aku berjuang. Tiada pernahkan terlambat. InshaALLAH. Dreams' book. I'll get one. By tommorow I'll have one. Sekarang masa untuk tidur. ^^

Semuanya Kan Baik² Saja

Ianya memang agak sukar buat masa dan ketika ini tapi aku tetap percaya kita akan bergelak tawa di kemudian hari. Bila ingatan melayang ke arah kamu,.. pedih. Hanya ingin segalanya menyenangkan. Belajar senyum bila merindu kamu. Belajar menyinta kamu selayaknya pada pengertian cinta itu sendiri. Aku masih belajar. Adoiyai. Emo emo~.  Hahaha. Ini jalan kisah kita. Semoga berjaya untuk aku dan kamu.