Skip to main content

Aku. Kamu.


Aku. Kamu.

It is what it is. It is what it is. It is what it is. 
Sepanjang hari aku menanam ayat ini biar ia mengesan di dalam hati. Berulang kali.

Namun tatkala aku paling tidak ingin ditemukan dengan kamu, kita ditemukan jugak. Bukan sekali bahkan dua kali. Maaf. .. mata tidak mengarah ke arah kamu. Jika ketika itu memejam mata adalah sesuatu yang tidak mustahil dan dibenarkan, aku akan memilih untuk memejam mata. Bukankah bagi kamu, tidur dapat menyelesaikan segala²nya..?

Hati benar² sakit. Gundah. Keliru. Dan percaya begitu juga kisahnya hati kamu.

Suatu hari nanti bila ditakdirkan kita masih dapat duduk bersama.. kita pasti akan tertawa mengenang kisah aku dan kamu. 

"Bodohnya. Tidak perlu membazir begitu banyak masa untuk mengorak langkah ke tahap yang lebih baik. Kalaulah kita berpisah lebih awal."
Diselangi dengan gelak ketawa yang ikhlas.. jauh lebih bahagia.

Kisah di suatu hari ini suatu motivasi. 


Berhenti sudah mencari chenta. Biar chenta datang bergolek² kat aku. Hahaha.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Akses Mediafire: Penyelesaian Mudah!!

Mediafire merupakan web file hosting yang menjadi pilihan utama aku untuk muat turun atau muat naik files . Dengan gabungan IDM , aktiviti 'sedut- menyedut' menjadi begitu mudah biarpun tidak memiliki akaun premium mediafire. Namun akhir- akhir ini, aku menghadapi sedikit masalah untuk mengakses beberapa files yang menggunakan kemudahan mediafire. Semua link menuju terus ke homepage mediafire. Luckily aku terserempak dengan beberapa tips ketika blogwalking tadi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimana? Di sini ada caranya. ^^,

Munif Ahmad Penawar Hati Vol. 1

    01. Munif Ahmad - Bacaan Al-Quran [1:29]     02. Munif Ahmad - Zikir & Doa Pagi [7:11]     03. Munif Ahmad - Zikir Lazim 1 [4:27]     04. Munif Ahmad - Selawat [5:12]     05. Munif Ahmad - Zikir Lazim 2 [11:49]     06. Munif Ahmad - Zikir Munajat [9:13]     07. Munif Ahmad - Doa Taubat [5:33]     08. Munif Ahmad - Tahlil [3:59]     09. Munif Ahmad - Bacaan Tarhim [11:10] Muat turun di sini . Hanya sekadar perkongsian. Kalau suka beli le yang original okey~ ^^,

Wang Kertas Ringgit Malaysia

Suka sangat ngan not² lama ni.