Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Kopi Chenta

Cr Pic: http://coffeebean.com.au/ Suka kopi. Bau kopi harum. Suka kopi. Terutama kalau ada insan yang aku sayang buatkan untuk aku. Kadang- kadang kat rumah, saja buatkan teh je. Kopi biar mak yang buatkan. Sejujurnya bila bangun pagi pagi dan tengok atas meja dah siap air kopi dalam bekas; it lighten my day. Dulu.. selalu nak best friend buatkan kopi padahal boleh je aku buatkan sendiri. Mengada kan~? Hehe. Suka kopi. Kopi yang dibuat dengan kasih sayang sangatlah yummy~ ^^, Kalau buat dengan ke-terpaksaan? Hahaha. Pun sedap; Sebab aku tahu dia yang aku paksa tu masih sayangkan aku.   I wonder.. Will Mr. Ubi willing to learn to makes me a cup of coffee each morning?  (* ˘⌣˘)◞[_]♥[_]ヽ(•‿• )

Vroooom vrooom~

Drive keta baru kew tu~?  Hari nih mak gi keja drive keta baru. Erk. Kereta baru ke baharu? Sejak dua menjak ber-jak jak Bahasa Melayu saya semakin tunggang langgang. Rujuk sini untuk baharu vs baru. I am happy for her; walaupun kereta baharu membawa makna hutang baharu yang kena bayar tiap kali bulan baharu. She can afford it and I really do think she need it. Mom. Please do not hesitate any more to reward yourself, same goes to you dad.  No picture available yet. I miss both of you very much.

BENAR

Terpandang sekilas pada potongan hadith dilekat pada dinding di dalam bilik sepupu aku. Membacanya dan diam sejenak. Entah kenapa sepotong ayat pada hadith ini membuat hati aku menggumam bisu. Mengesan dan barangkali hadith inilah yang pertama aku hafaz. Itu kisah belasan tahun yang lalu. Bilamana hadith ini muncul semula hari ini.. pada laman muka buku seorang insan budiman si Nazali Noor [ di sini ]. sungguh situasi yang sama berulang kembali. Tergamam menggumam. Hati berbicara lagi. Dan masih bisu.

Semuanya Kan Baik² Saja

Ianya memang agak sukar buat masa dan ketika ini tapi aku tetap percaya kita akan bergelak tawa di kemudian hari. Bila ingatan melayang ke arah kamu,.. pedih. Hanya ingin segalanya menyenangkan. Belajar senyum bila merindu kamu. Belajar menyinta kamu selayaknya pada pengertian cinta itu sendiri. Aku masih belajar. Adoiyai. Emo emo~.  Hahaha. Ini jalan kisah kita. Semoga berjaya untuk aku dan kamu.

Aku. Kamu.

Aku. Kamu. It is what it is. It is what it is. It is what it is.  Sepanjang hari aku menanam ayat ini biar ia mengesan di dalam hati. Berulang kali. Namun tatkala aku paling tidak ingin ditemukan dengan kamu, kita ditemukan jugak. Bukan sekali bahkan dua kali. Maaf. .. mata tidak mengarah ke arah kamu. Jika ketika itu memejam mata adalah sesuatu yang tidak mustahil dan dibenarkan, aku akan memilih untuk memejam mata. Bukankah bagi kamu, tidur dapat menyelesaikan segala²nya..? Hati benar² sakit. Gundah. Keliru. Dan percaya begitu juga kisahnya hati kamu. Suatu hari nanti bila ditakdirkan kita masih dapat duduk bersama.. kita pasti akan tertawa mengenang kisah aku dan kamu.  "Bodohnya. Tidak perlu membazir begitu banyak masa untuk mengorak langkah ke tahap yang lebih baik. Kalaulah kita berpisah lebih awal." Diselangi dengan gelak ketawa yang ikhlas.. jauh lebih bahagia. Kisah di suatu hari ini suatu motivasi.  Berhenti sudah mencar...

Rindu Bertamu Di Maludam Lagi

Cr Pic:  Di Sini Riuh penduduk meraih hasil tangkapan sang nelayan di jeti. " Payak ". Masing- masing memilih hasil tangkapan untuk dibawa pulang. Banyak rezeki hari ini. Alhamdulillah.  Penat berjalan bersama Mak dan Apak ke Pasar Tani dan seterusnya ke Pasar Maludam hilang pabila melihat keriuhan dan kegembiraan mereka. Teruja untuk menyerta tapi Apak dah ajak balik ke rumah. Berlalu hampa. Di jeti itulah.. . ..kali terakhir aku bersua dengan arwah Nek Su. Situasi yang hampir sama cuma pada kali itu yang diraih adalah ikan terubuk. Masih terbayang secara kelam dan samar dalam ingatan aku, wajah arwah memandang dengan pandangan yang sepi. Hanya melihat gelagat manusia di situ.. berdiri dengan tongkatnya. Tiada senyuman menghantar kupulang seperti senyuman biasanya walaupun aku senyum bagai nak rak kepadanya. Tiada senyuman.. . Dan kemudian dia kembali berpaling ke arah jeti; terus leka memerhati gelagat peraih- peraih di situ. Dan semesti rinduku turut terar...

A Day With Ubi

Meluangkan masa mendalami sedikit kehidupan Mr. Ubi. ^^, Syiok. Dari berkebun sampai jadi gembala sapi. Met his Anjang. Met junior cobra. Having Topat the squirrel. Hehe. All the good things. And also berjemur. Tunggu feri lama sebab air masih surut. Ngeh ngeh. Small matter lah. .. . Dan semua gambar pun corrupted. T_T He said ada seitan~! I said maknanya kena ulang luangkan masa sekali lagi ler nampaknya~. It's ok. Saya heppi. Dia heppi. We are both happy.

Pokok Laut. The Sea Tree

Akal manusia ALLAH kurniakan dengan kehebatan yang sangat tinggi. Semua ciptaan ALLAH sangat menakjubkan maashaaALLAH. Sebagaimana manusia diberikan akal untuk membina bangunan² yang hebat di atas muka Bumi milik ALLAH, juga akal dikurniakan untuk memelihara mahupun memulihara alam sekitar kita. Memang tidak akan tertandingkan ciptaan ALLAH tetapi sebaiknya begitulah setelah kita "merosakkan" alangkah baiknya andai kita juga memelihara serta memulihara Bumi ini.  Berikut adalah idea ciptaan seorang arkitek bernama  Koen Olthuis  dalam usaha yang membolehkan kita, manusia, berharmoni dengan makhluk² ciptaan ALLAH yang lain. Layan gambar². Berharap sangat agar projek ni menjadi. ^^, Maklumat  lebih lanjut boleh rujuk kat sini . Sumber: Sini Sini Sini

How To Spot A Liar

  Sumber: Internet