Barangkali kerana usia aku yang 'matang' membuat hati cepat tersentuh bila melihat anak- anak secara terang- terangan ataupun disembunyikan menentang makbapak dalam membuat keputusan. Bagi aku, selamanya kita perlu patuh pada orang tua. Biar nampak jelek di mata dunia, dia itu dia ini begitu dan begini, aku tidak kan pernah ambil peduli.. Malah kadang- kadang makbapak aku sendiri mungkin dah naik meluat ditemani aku. Terasa hati? Yup. Cover cepat- cepat. Aku hanya perlu mengambil kira pandangan TUHANku. Aku bukannya baik sangat pun tapi aku hanya ingin menjadi baik. Semoga keikhlasan sentiasa menemani niatku dan segala perbuatan. Adik- adikku. Semoga kalian cepat memahami kebimbangan yang menyarang di dalam hati kedua orang tua kamu.
Web blog ini secara asasnya dibina sebagai medium untuk penulis menyimpan maklumat- maklumat yang dirasakan perlu sebagai rujukan penulis di kemudian hari; selain mengongsi sedikit sebanyak perkongsian. Diharap blog ini turut membawa manfaat kepada para pembaca.