Monday, November 14, 2011

Break Time: Take 5!!

| |
Semalam connection internet buat hal. Sebal seh. Aku baru je abis edit satu picture yang aku nak upload. Pagi aku cuba lagi,, afternoon cuba lagi.. aik..? Tak bleh jugak? Aku tak puas ati. Godek² godek² gong geng~ Yok~? Boleh pulak~ Yey~. Aku tak tahu le sama ada line celcom yang bermasalah atau handphone aku yang bermasalah. Anggap je le h/p aku yang timbulkan masalah. Lagipun lepas aku godek satu software kat pc semalam le connection to internet aku mula bermasalah. *H/p aku jadikan modem.

Keadaan sebegitu sebenarnya memberikan aku peluang untuk berehat. Mana kan tidak, dalam masa tida sampai seminggu pc aku dipulihkan aku terus melekat kat depan menda alah ni. Aku tak boleh ar.. ni memang dah hobi aku.. . .. Tapi bila dapat peluang berehat camni baru aku sedar betapa bodohnya pengaturan masaku.
Badan mula merasa kesan akibat terlalu banyak meluang masa bertenggek depan pc.. dan baru aku mula melihat perkara² yang aku dah terlepas nak "hidupi". Living Life. Adeh². Berilah ruang untuk diri bernafas Aaee. Oki~? ^^, Aja² fighting!! p(^_^)q

Kesimpulannya, aku kena bahagikan masa bebaik. Kehidupan maya itu penting. Kehidupan dunia sebenar itu pun penting. Namun kehidupan akhirat itulah yang paling penting. Fokus. Jangan lupa tujuan hidup. ^^,

Surah Al-'Asr

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


0 jejak:

Post a Comment