Lama dah persoalan ni bermain lam diri aku. Apa punya bangang tak reti nak bertanya. Tengah baca al Quran pas solat tadi, terserempak ngan ayat sajdah. Dah bis baca aku terus godek² kat tenet *ni le antara kelebihan internet. Da banyak web yang bincang pasal ni. Pening kepala aku nak accept. Alhamdulillah akhirnya aku dijumpakan dengan sebuah web yang aku rasa sangat informative dan tidak complicated dalam penerangan untuk pemahaman cara² nak wat sujud tilawah..
P/s: Seperti biasa lah ye, dah godek² tu kita bertanggungjawab untuk sekurang²nya melakukan sedikit penyelidikan ke atas contents yang terdapat di dalam web tersebut..,, lebih² lagi yang berkaitan dengan agama. Ini bagi memastikan kita mendapat maklumat yang betul.. dan menyebarkan kembali maklumat yang betul kepada viewers blog kita.
Ni le web yang disebut² itu~..Koleksi Soal Jawab Solat..~
Dan ni pulak direct link kepada persoalan aku tadi ~Cara Sujud Syukur~ *tajuknye sujud syukur namun masih boleh diimplement lam sujud tilawah [di luar solat].
Sedikit rumusan yang dapat aku kongsi kat sini:
5 rukun sujud tilawah [Mazhab Syafie]:
1. Berniat.
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud satu kali sahaja.
4. Duduk selepas sujud dan;
5. Memberi salam.
Bacaan lam sujud pulak sama je ngan bacaan lam sujud solat fardhu.
Boleh gi kat aselicahndeso untuk maklumat yang lebih padat.
Comments
Post a Comment