Hari ni, semangat aku jatuh dengan merundum. Bagun pagi² dah kena ceramah lima posen. Aku dah penuh semangat nak buat keja² rumah. Bila dah kena bebel²an manja camtu, hati aku jadi panas. Panas. Aku kenal diri aku jadi jalan terbaik ialah mendiamkan diri.
Kadang² aku rasa kalau aku buat menda salah itulah menda yang betul.. sebab tak pernah kena marah pun. Kalau aku buat menda yang betul.. menda tu menda salah.. asyik manjanya dengan bebelan, even kesalahan orang lain pun, aku jugak yang kena dengar semua sampai aku rasa aku pulak yang buat salah. Adoiyapun. Aku tak boleh nak ubah fiil manusia. Aku cuma boleh cuba mengerti dan perbaiki kesalahan diri. Tapi aku ni manusia le namanya jugak nye pun~.
Aku ni siapalah.. Aku tahu, elok² dah da keja elok, aku balik jugak nak menganggurkan diri.
Mak, anak kitak tuk balit sebab nak berjasa ngan kitak, mak. Duit boleh carik pi wat maso tuk kamek sikdo duit kei berik, kamek berik jak maso ngan tenago yang masih ado tuk. Kamek takut kamek sik sempat bah.. Kamek sik tauk umur mek setakat ni jak diberik TUHAN..
Tatkala hati berasa sayu bila menyentuh perkara begini, aku ingatkan diri kat arwah PakNek. Rindukan Pak Nek. Rindu sangat. Tak sempat aku nak berbakti ngan arwah PakNek semasa hidupnya. Peristiwa inilah yang memberi aku motivasi yang sangat tinggi untuk meluangkan masa dan tenaga aku kat kedua orang tua aku. Tapi perkara.. . tidak pernah seperti yang aku rancangkan. Rancangan TUHAN adalah lebih hebat. Akhirnya aku akan pergi jugak.. Mungkin itu adalah lebih baik. Sabarlah duhai hati. Ikhlaskan diri. Bertahanlah.
Jasa seorang ibu, aku takkan terbalas sepanjang hayat aku.
Aku harap aku mati dalam redha kedua ibubapa aku. Semoga dengan asbab itu aku bisa meraih redha ALLAH. Semoga ALLAH ampuni segala dosa aku. Semoga ALLAH selalu bersama aku.
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Comments
Post a Comment